Pangkalan AS ganggu ketenteraman awam

Pangkalan AS ganggu ketenteraman awam

TOKYO, 11 Jun (dpa) – Mahkamah Jepun mengarahkan kerajaan supaya membayar 754 juta yen berikutan kerosakan ke atas penduduk berhampiran pangkalan utama Amerika Syarikat di pulau selatan Okinawa berpunca bunyi pesawat, menurut laporan hari ini.

Sekitar 2,200 penduduk tinggal berhampiran pangkalan AS tersebut membuat aduan gangguan emosi, sambil mengatakan bunyi pesawat mengganggu tidur dan kehidupan seharian mereka, agensi berita Kyodo melaporkan.

Ketika menuntut pampasan 1 bilion yen daripada pihak negara, penduduk juga mengatakan mereka bimbang jika pesawat terbabit n terhempas di kawasan mereka, menurut kenyataan yang dipetik daripada peguam mereka. Pada tahun 2004, sebuah helikopter AS terhempas di Universiti Antarabangsa Okinawa, yang terletak bersebelahan pangkalan tersebut, mencederakan tiga anak kapal.

ARTIKEL YANG SAMA