Panglima Tentera Darat S’pura buat lawatan pengenalan

Panglima Tentera Darat S’pura buat lawatan pengenalan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, hari ini, telah menerima kunjungan muhibah daripada Panglima Tentera Darat, Republik Singapura, Brigedier Jeneral Melvyn Ong, di Kementerian Pertahanan, di sini.

Semasa kunjungan berkenaan, kedua-dua belah pihak meluahkan rasa puas hati atas hubungan pertahanan dua hala mesra dan aktif yang dikongsi oleh Brunei Darussalam dan Republik Singapura, yang dipertingkatkan dengan pertukaran lawatan, latihan dan kursus yang kerap, latihan tentera bersama dan program-program interaksi.

Dalam pada itu, secara berasingan, Brigedier Jeneral Melvyn Ong yang berada di negara ini bagi lawatan pengenalan selama tiga hari bermula kelmarin, turut mengadakan kunjungan pengenalan kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz semasa menerima kunjungan Brigedier Jeneral Melvyn Ong.
Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz semasa menerima kunjungan Brigedier Jeneral Melvyn Ong.
Pemerintah ABDB bergambar ramai bersama Brigedier Jeneral Melvyn Ong dan rombongan.
Pemerintah ABDB bergambar ramai bersama Brigedier Jeneral Melvyn Ong dan rombongan.

Turut hadir ialah Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Kunjungan berkenaan merupakan pengenalan peribadi beliau kepada Pemerintah ABDB di mana kedua-duanya membincangkan cara-cara untuk meningkatkan lagi hubungan pertahanan dua hala dan kerjasama profesional di antara kedua-dua angkatan bersenjata, terutamanya dalam latihan dan eksesais.

Brigedier Jeneral Melvyn Ong menjawat jawatan sebagai Ketuai Tentera Singapura pada 14 Ogos 2015.

ARTIKEL YANG SAMA