Pangsapuri termahal dijual AS$76.7 juta

Pangsapuri termahal dijual AS$76.7 juta

HONG KONG, 25 Dis (AFP) – Sebuah pangsapuri mewah di Hong Kong dijual dengan harga HK$594.7 juta (AS$76.7 juta), beberapa hari sebelum Krismas, menjadikannya pangsapuri paling mahal di bandar dan mungkin di Asia, kata laporan hari ini.

Seorang pembeli yang tidak dikenal pasti membayar lebih HK$103,700 setiap kaki persegi untuk unit seluas 5,732 kaki persegi di menara pangsapuri mewah 39 Conduit Road di kawasan perumahan Mid-Levels di selatan bandar, lapor akhbar The Apple Daily dan The Standard.

Kondominium itu, terletak di tingkat ke-46 dengan pemandangan Pelabuhan Victoria dan bumbung seluas 1,754 kaki persegi, mempunyai harga senarai berjumlah HK646.48 juta di laman web pemaju Henderson Land Properties.

Harga tersebut mengatasi HK$470 juta yang dibayar untuk unit mewah yang merangkumi seluruh tingkat kelapan Opus Hong Kong, bangunan perumahan 12-tingkat yang direka oleh arkitek yang memenangi Hadiah Pritzker Frank Gehry pada 2012.

Pangsapuri mewah di menara 39 Conduit Road di Hong Kong yang dijual pada harga HK$594.7 juta.
Pangsapuri mewah di menara 39 Conduit Road di Hong Kong yang dijual pada harga HK$594.7 juta.

Henderson Land tidak dapat dihubungi untuk memberi komen pada hari ini, cuti umum.

Ia keluar tatkala penganalisis berkata satu kenaikan kadar faedah AS mungkin menamatkan keadaan melambung perumahan di bandar China yang mengekal tambatan berdekad lamanya dengan dolar AS.

Firma pembrokeran yang berpangkalan di Hong Kong CLSA mengingatkan pasaran perumahan sedang mencatat “titik perubahan,” dengan harga mungkin merosot 17 peratus pada tahun 2017, sementara firma lain telah meramalkan kemerosotan sehingga 30 peratus.

ARTIKEL YANG SAMA