Panjat rasa syukur Puja Usia

Panjat rasa syukur Puja Usia

Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD), hari ini, telah mengadakan Majlis Sembahyang Berjemaah dan Doa Kesyukuran di Masjid Suri Seri Begawan Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis/Madang.

Antara yang menghadiri majlis itu ialah Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), ahli-ahli Lembaga Tadbir Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam serta lebih 200 orang ahli dari 13 persatuan yang terdiri daripada persatuan PERTIWI, WI, PGGMB, PKP, PPPBD, Bistari, PERBEKAL, Bakti, Siswazah, Nurul Islam, Pewaja, Perganita dan Bakanita.

Majlis telah dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin.

Antara ahli-ahli yang menyertai sembahyang berjemaah dan doa kesyukuran sempena Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri.
Antara ahli-ahli yang menyertai sembahyang berjemaah dan doa kesyukuran sempena Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri.

Kemudian, majlis diserikan dengan bacaan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri tahun 2015 yang dipimpin oleh imam Masjid Suri Seri Begawan dan diteruskan dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

Majlis keagamaan ini antara lain bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri dengan penuh kesyukuran dan iringan doa semoga Baginda sentiasa sihat walafiat serta setinggi penghargaan atas sokongan serta dorongan Baginda kepada kaum wanita di negara ini khususnya Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA