Pantau jerebu rentas sempadan

Pantau jerebu rentas sempadan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) telah meramalkan cuaca kering dijangka melanda Sumatera dan Kalimantan di antara Jun dan awal Oktober 2016.

Dengan El Nino juga dijangka kembali kepada keadaan neutral menjelang pertengahan 2016 dan dengan kemungkinan La Nina berlaku dalam suku ketiga 2016, hujan normal hingga melampaui normal dijangka melanda rantau ini dalam musim berkenaan. Bagaimanapun, negara-negara Jawatankuasa Pandu Menteri Sub Rantau (MSC) berikrar untuk sentiasa berjaga-jaga dan membuat pemantauan berterusan serta meningkatkan usaha-usaha pencegahan jerebu bagi meminimumkan sebarang kemungkinan berlakunya jerebu rentas sempadan dari darat dan kebakaran hutan dalam kedatangan cuaca lebih kering dalam beberapa bulan akan datang.

Perkara ini adalah antara yang ditekankan oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab bagi alam sekitar dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand semasa Mesyuarat ke-18 MSC mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang berlangsung di Singapura, hari ini.

Dato Paduka Haji Suhaimi semasa menghadiri Mesyuarat ke-18 MSC mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan di Singapura.
Dato Paduka Haji Suhaimi semasa menghadiri Mesyuarat ke-18 MSC mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan di Singapura.
Dato Paduka Haji Suhaimi ketika menerima cenderamata.
Dato Paduka Haji Suhaimi ketika menerima cenderamata.
Ahli Jawatankuasa MSC bergambar ramai.
Ahli Jawatankuasa MSC bergambar ramai.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, pada mesyuarat itu, Brunei Darussalam diwakili oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di Kementerian Pembangunan, Haji Muhammad Lutfi Abdullah; dan para pegawai kanan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Dalam mesyuarat itu, sidang menteri turut meluahkan penghargaan atas usaha-usaha substantif Indonesia dalam melaksanakan Pelan Tindakan (PoA) dalam Menangani Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan, serta mengambil maklum akan tindakan-tindakan yang diambil oleh negara-negara MSC untuk menangani pencemaran jerebu rentas sempadan.

ARTIKEL YANG SAMA