Pantau kawasan kampung

Pantau kawasan kampung

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 16 Mac – Untuk terus memantau agar tiada berlaku sebarang kejadian jenayah di sekitar STKRJ Kampung Lorong Tiga Selatan Seria, anggota Operasi Pencegahan Jenayah Polis dan ahli Pengawasan Kejiranan di kawasan itu mengadakan rondaan berjalan kaki semalam.

Menyertai rondaan itu ialah sembilan anggota Balai Polis Seria dan enam orang ahli Pengawasan Kejiranan STKRJ Kampung Lorong Tiga Selatan Seria. Turut sama ialah 10 orang ahli Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Panaga.

Operasi diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, P/ASP Mohd Zulhelmi Azmi bin Dato Paduka Haji Abd Aziz, disertai sama oleh Penolong Menguasa Balai Polis Seria, P/ASP Haji Mohd Helmi bin Haji Abdullah, Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Seria, Sarjan Zamri bin Haji Buang, dan turut sama ialah Ketua Kampung STKRJ Lorong Tiga Seria, Haji Saidin bin Haji Ibrahim serta Timbalan Pengerusi Pengawasan Kejiranan Kampung Panaga, Awang Zaleha bin Lahap.

Rondaan berjalan kaki itu dibuat di sekitar kawasan Perumahan STKRJ Lorong Tiga Seria sehinggalah kawasan Perumahan Jalan Tengah Seria serta Berek Kerajaan Lorong Tiga Seria.

Bagaimanapun rondaan selama tiga jam itu, mendapati tiada sebarang kes jenayah berlaku.

ARTIKEL YANG SAMA