Pantau kegiatan jenayah

Pantau kegiatan jenayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Dis – Bagi mengekalkan kesejahteraan penduduk kampung, di samping mencegah sebarang kegiatan jenayah, anggota polis dari Balai Polis Lamunin bersama dua Pengawasan Kejiranan Kampung Layong dan Kampung Kiudang, baru-baru ini, telah mengadakan rondaan pencegahan jenayah di kampung masing-masing.

Rondaan yang diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Lamunin, Inspektor Muhammad Adzimin bin Haji Ibrahim itu menumpukan di kawasan Kampung Bukit Barun, kawasan masjid dan sekitar Kampung Layong dengan menggunakan kenderaan dan berjalan kaki.

Tiada kejadian dan aktiviti mencurigakan ditemui sepanjang rondaan itu dijalankan.

ARTIKEL YANG SAMA