Pantau keselamatan kampung

Pantau keselamatan kampung

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 16 Ogos – Operasi Pencegahan Jenayah melibatkan anggota polis dan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Mumong telah diteruskan malam tadi, bagi sama-sama memantau keselamatan dan menghindari kejadian-kejadian jenayah berlaku di kawasan kampung berkenaan.

Operasi tersebut telah diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Kuala Belait ASP Wan Firdaus bin Haji Mohd Aminuddin dengan melibatkan tujuh orang anggota Balai Polis Kuala Belait dan lima orang ahli PK Kampung Mumong, yang turut disertai sama oleh Ketua Kampung Mumong, Haji Mohd Yusof bin Dulamin.

Operasi berkenaan telah dilakukan secara berjalan kaki dan juga menggunakan kenderaan, di sekitar kawasan Perumahan STKRJ Kampung Mumong dan juga melakukan pemeriksaan di kawasan berek-berek kosong di Jalan Singa Menteri di sini.

Bagaimanapun tiada kes yang berkaitan dengan jenayah didapati dalam operasi tersebut yang telah diadakan selama kira-kira dua jam bermula pukul 10 malam hingga 12:30 tengah malam.

Operasi Pencegahan Jenayah yang melibatkan anggota polis dan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Mumong malam tadi.
Operasi Pencegahan Jenayah yang melibatkan anggota polis dan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Mumong malam tadi.

ARTIKEL YANG SAMA