Pantau pasukan Euro anda

Pantau pasukan Euro anda

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Akhbar Media Permata dan Borneo Bulletin akan dilengkapi dengan sisipan percuma Carta Dinding UEFA EURO 2016 esok (8 Jun).

Carta ini mengetengahkan beberapa jadual perlawanan dan juga stadium-stadium kejohanan yang membolehkan para pembaca untuk mengambil nota jaringan setiap perlawanan dengan menulisnya di ruang yang disediakan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, carta dinding ini boleh digunakan untuk memantau perjalanan setiap perlawanan dan merekodkan setiap jaringan di sepanjang kejohanan itu.

Sementara itu, untuk menyertai pertandingan meneka empat pasukan yang berjaya ke separuh akhir, borang-borangnya boleh didapati dalam akhbar Media Permata dan Borneo Bulletin.

Hadiah utama bagi pertandingan ini iaitu Hyundai Creta boleh dilihat di cawangan SupaSave Gadong dan SupaSave Panaga.