Papar senario kemajuan & pembangunan Temburong

Papar senario kemajuan & pembangunan Temburong

Oleh Sim Y. H., Yusrin Junaidi &

Mohd Asyramisyanie

Gambar oleh Sim Y.H & Muiz Matdani

TEMBURONG, 20 Ogos – Dengan tema ‘Raja Masyhur Negara Makmur’, persembahan khas bersempena Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong, hari ini, menggambarkan kewibawaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai sultan ke-29 mewarisi takhta kerajaan Negara Brunei Darussalam, kekal berdaulat serta disanjung tinggi.

Baginda merupakan pemegang kuasa tertinggi pemerintahan negara serta Ulil-Amri dalam pemerintahan sebuah negara Islam. Kedaulatan, kewibawaan dan kepimpinan Baginda sebagai raja yang berhemah tinggi merupakan pencetus idea-idea baru yang mengangkat dan memartabatkan nilai-nilai intelektualisme bangsa.

pg08_150821_e pg08_150821_a pg08_150821_i

Persembahan yang berbentuk drama muzikal itu memaparkan senario kemajuan dan pembangunan Daerah Temburong.
Persembahan yang berbentuk drama muzikal itu memaparkan senario kemajuan dan pembangunan Daerah Temburong.

pg08_150821_g

Antara pelajar, belia-belia dan pasukan beruniform yang sama-sama dalam semangat perpaduan mencurah kasih serta taat setia kepada pemimpin yang dikasihi menerusi persembahan penuh bersemangat.
Antara pelajar, belia-belia dan pasukan beruniform yang sama-sama dalam semangat perpaduan mencurah kasih serta taat setia kepada pemimpin yang dikasihi menerusi persembahan penuh bersemangat.

pg08_150821_c pg08_150821_d pg08_150821_o pg08_150821_n pg08_150821_h pg08_150821_f

Persembahan khas itu mengandungi empat segmen yang salah satu antaranya berkonsepkan ikrar taat setia dan menjunjung kasih atas kurnia dan anugerah seorang pemimpin yang dikasihi.
Persembahan khas itu mengandungi empat segmen yang salah satu antaranya berkonsepkan ikrar taat setia dan menjunjung kasih atas kurnia dan anugerah seorang pemimpin yang dikasihi.

pg08_150821_l pg08_150821_m

Seterusnya pemberi semangat dan ilham ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan negara. Baginda juga sebagai peneraju kepimpinan negara yang mengangkat keupayaan bangsa dan rakyat dalam sama-sama berusaha mencapai Wawasan Negara 2035.

Baginda merupakan seorang pemimpin Islam yang masyhur kerana memiliki sifat pemedulian, dermawan, digalati dan dihormati oleh negara luar serta menjadi contoh teladan kepimpinan yang adil dan bijaksana.

Persembahan kira-kira 20 minit, di kawasan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Temburong, itu disertai oleh seramai 369 orang yang terdiri daripada pelbagai puak/masyarakat, penuntut, murid sekolah, belia-belia dan pasukan beruniform yang sama-sama dalam semangat perpaduan mencurah kasih serta taat setia kepada pemimpin yang dikasihi menerusi persembahan penuh bersemangat.

Konsep persembahan yang dipilih bagi 2015 menggambarkan Baginda sebagai raja yang dihormati dan digalati kerana kewibawaan dan kedaulatan Baginda serta rakyat jelata sentiasa mentaati titah perintah dan menjunjung tinggi kurnia baginda untuk rakyat jelata.

Persembahan khas itu berkonsepkan ikrar taat setia dan menjunjung kasih atas kurnia dan anugerah seorang pemimpin yang dikasihi, bijaksana dan adil sebagai peneraju utama pembangunan dan kemajuan negara, seluruh rakyat dan penduduk negara wajar sekali bersatu padu dalam mendukung komitmen Baginda demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Persembahan yang berbentuk drama muzikal itu mengandungi empat segmen yang mana ia memaparkan senario kemajuan dan pembangunan Daerah Temburong dan negara bagi tiga generasi di bawah naungan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia terutama dalam aspek pendidikan untuk pembangunan dan pembangunan untuk kemajuan peradaban bangsa dan negara.

Segmen pertama persembahan iaitu ‘Pendidikan Untuk Pembangunan Dan Pembangunan Untuk Peradaban’, menggambarkan suasana sosio-budaya masyarakat sekitar tahun 60-an sehingga 70-an.

Ia berkisar mengenai kemajuan dan perkembangan pendidikan secara formal atau tidak formal yang menyumbang ke arah peningkatan taraf hidup yang lebih membangun dan berwawasan.

Segmen kedua iaitu ‘Pembangunan Negara Masa Depan Bersama’, menggambarkan kemajuan dan pembangunan negara pada sekitar tahun 80-an sehingga 90-an yang berkisar mengenai peningkatan kemudahan kerajaan yang telah diberikan kepada rakyat dan penduduk negara.

Segmen ketiga iaitu ‘Raja Disanjung Kurnia Dijunjung’, memaparkan perpaduan rakyat jelata dalam sama-sama mencurahkan bakti dan taat setia dengan memanfaatkan segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman serta kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk mencipta sesuatu yang lebih produktif dan lebih berinovasi bagi pembangunan negara.

Segmen keempat iaitu ‘Raja Masyhur Negara Makmur’, merupakan kemuncak persembahan dengan laungan “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik”, melambangkan taat rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam terhadap seorang raja yang amat dikasihi dan disanjung tinggi.

Ikrar taat setia ini akan kekal tersemat dan bersemadi di jiwa rakyat dan penduduk negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA