PaParich rai pengiktirafan Sijil Halal

PaParich rai pengiktirafan Sijil Halal

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – PaParich baru-baru ini mengadakan resepsi media bagi meraikan pengiktirafan Sijil Halalnya di ruang hadapan restoran berkenaan di Gadong.

Hadir ke majlis itu ialah Pengarah Operasi Paparich, Jonathan Chong serta Pengurus Restoran, Florence Chew yang turut serta bersama warga kerja restoran untuk meraikan detik bersejarah berkenaan.

Menurut Jonathan Chong, beliau sangat menghargai respons positif dan kecekapan pihak berkenaan dalam memastikan tiada perasaan was-was di kalangan pelanggan untuk menikmati juadah di sana.

“Proses bermula pada Januari dan pada awalnya kami menjangka ia akan mengambil masa lama, namun saya sangat berbesar hati dengan kerjasama pihak berkenaan dalam menjalankan tugasan masing-masing sehingga kami memperoleh pengiktirafan ini lebih awal daripada yang dijangkakan,” ujarnya lagi.

Dalam temu bual bersamanya, beliau menjelaskan semua makanan yang disajikan di PaParich juga mendapat persijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bukan itu sahaja, malah warga kerjanya turut diberikan pengiktirafan yang sama oleh pihak berkenaan dan itu baginya sesuatu yang sangat melegakan.

Sesi bergambar ramai warga PaParich ketika meraikan pengiktirafan Sijil Halal Brunei.
Sesi bergambar ramai warga PaParich ketika meraikan pengiktirafan Sijil Halal Brunei.
(Dari kiri) Florence Chew, Jonathan Chong dan salah seorang pegawai PaParich.
(Dari kiri) Florence Chew, Jonathan Chong dan salah seorang pegawai PaParich.

Sementara itu pada masa yang sama Florence Chew mengalu-alukan pelanggan dan peminat PaParich untuk datang menikmati promosi bufet sungkai yang turut dianjurkan di sana di sepanjang Ramadan ini.

“Kami akan terus komited memastikan rasa puas hati pelanggan adalah di tahap optimum selain akan memastikan Paparich akan terus menghasilkan produk yang berkualiti dan Halal,” ujar Florence kepada Media Permata lagi.

ARTIKEL YANG SAMA