PAPDA sambut Hari Raya

PAPDA sambut Hari Raya

Oleh Na’ila Azmi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Walaupun bulan Syawal sudah sampai ke penghujungnya, majlis-majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi diraikan oleh pelbagai pihak termasuk persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Persatuan Orang-orang Cacat Berkerusi Roda dan Orang-orang Cacat Anggota (PAPDA) juga tidak ketinggalan mengadakan majlis yang sama bertempat di Banglo PAPDA di Kampung Kiarong.

Hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi PAPDA, Haji Awang A. Ahmad bin Abdullah.

Majlis pada petang itu berkonsepkan rumah terbuka dan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada ahli-ahli PAPDA dan cabutan undian bertuah.

pg11_150817_c

PAPDA mula ditubuhkan pada bulan November 1985 dan dikenali secara tidak rasmi sebagai ‘Paraplegic Support Group’.

Kini PAPDA mempunyai seramai 385 ahli dan tujuan penubuhannya adalah untuk memperbaiki dan meninggikan keadaan penghidupan dan kebajikan orang-orang cacat berkerusi roda dan cacat anggota.

Ia juga untuk memupuk kesedaran serta pemahaman orang ramai dengan lebih mendalam terhadap masalah-masalah dan kesulitan-kesulitan yang dialami oleh orang-orang cacat berkerusi roda dan cacat anggota.

ARTIKEL YANG SAMA