Papparich anjur kempen derma darah 19 Mei ini

Papparich anjur kempen derma darah 19 Mei ini

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Restoran Papparich dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), akan mengadakan Kempen Derma Darah pada 19 Mei yang berlangsung di Restoran Papparich, Gadong.

Kempen itu akan bermula pada jam 9 pagi sehingga 2 petang dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai kempen derma darah itu dalam sama-sama membantu mereka yang memerlukan dan memberikan sokongan mereka.

Kempen ini diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran terhadap kepentingan menderma darah di negara ini.

Semasa kempen itu nanti, orang ramai yang menyertai kempen tersebut akan diberikan baucar sagu hati Papparich bernilai $10.

ARTIKEL YANG SAMA