PappaRich rai 15 insan istimewa SMARTER

PappaRich rai 15 insan istimewa SMARTER

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Restoran PappaRich Brunei, semalam, telah meraikan 15 orang insan istimewa daripada SMARTER Brunei dalam Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di restoran berkenaan di Gadong.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman bersama ahli keluarga dan penjaga kanak-kanak SMARTER.

Majlis yang julung-julung kalinya diadadakan ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat restoran berkenaan dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Penyampaian “sampu hijau” dan cenderahati kepada setiap insan istimewa SMARTER turut diadakan selain penyampaian cek bernilai $1,000 daripada Pengurus Restoran PappaRich, Florence Chew kepada Presiden SMARTER.

Majlis penyampaian cek bernilai $1,000 daripada Pengurus Restoran PappaRich, Florence Chew kepada Presiden SMARTER.
Majlis penyampaian cek bernilai $1,000 daripada Pengurus Restoran PappaRich, Florence Chew kepada Presiden SMARTER.
Sesi bergambar ramai bersama kanak-kanak SMARTER.
Sesi bergambar ramai bersama kanak-kanak SMARTER.

ARTIKEL YANG SAMA