PAPRSB meterai MoU bersama Hospital Thailand

PAPRSB meterai MoU bersama Hospital Thailand

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB), Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Jabatan Perkhidmatan Perubatan, Hospital Nopparat Rajathanee, Thailand mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dalam bidang perubatan dan pertukaran penuntut serta kakitangan menerusi penandatangan memorandum persefahaman (MoU).

Majlis penandatangan MoU itu berlangsung di Bangunan Tambahan Institut Sains Kesihatan PAPRSB, UBD, hari ini, di mana menandatangani bagi pihak UBD ialah Dekan Institut Sains Kesihatan PAPRSB, Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif dan bagi pihak Hospital Nopparat Rajathanee ialah Pengarah Hospital Nopparat Rajathanee, Dr Somboon Tosborvorn.

Turut hadir di majlis penandatangan berkenaan ialah Duta Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Biravij Suwanpradhes.

Dr Hajah Rafidah dalam ucapan alu-aluannya berkata, penandatanganan MoU itu akan meningkatkan lagi kerjasama aktif di antara UBD dan Hospital Nopparat Rajathanee.

Sementara itu, Dr Theerapol Topanthanont pula berkata, kerjasama dalam perubatan pekerjaan di antara kedua-dua institut berkenaan akan menyumbang kepada pembangunan teknologi dan ilmu pengetahuan bagi kedua-dua buah negara pada masa hadapan.

ARTIKEL YANG SAMA