Para menteri bincang isu perubahan iklim

Para menteri bincang isu perubahan iklim

PARIS, 8 Nov (AFP) – Lebih daripada 60 menteri alam sekitar dan tenaga yang ditugaskan untuk pakatan global pada Disember ini bagi mengekang perubahan iklim dan menyelesaikan perpecahan politik, bertemu di Paris semalam.

Perhimpunan tiga hari itu berlangsung selepas PBB mengeluarkan amaran mengenai perjanjian sekatan karbon daripada beberapa buah negara masih di tahap ‘jauh dari cukup’ bagi mengelakkan tahap berbahaya pemanasan global.

Perjanjian nasional ini akan disokong oleh perjanjian kuasa global yang dituntut daripada sidang kemuncak 30 November sehingga 11 Disember ini di ibu negara Perancis.

Mesyuarat akan bersiap dibuka oleh kira-kira 100 ketua negara dan kerajaan termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Xi Jinping dari China dan Narendra Modi dari India.

Menteri Luar Negeri Perancis dan Presiden COP21 Laurent Fabius melawat persiapan persidangan parti sesi ke-21 Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai perubahan iklim di Paris. – AFP
Menteri Luar Negeri Perancis dan Presiden COP21 Laurent Fabius melawat persiapan persidangan parti sesi ke-21 Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai perubahan iklim di Paris. – AFP

Tetapi terdahulu para menteri perlulah meneliti secara mendalam terhadap isu perpecahan politik yang menyekat bagi setiap kemajuan yang ingin dicapai.

Mereka akan membincangkan draf susunan perjanjian oleh diplomatik dan fail daripada perundingan dalam forum iklim PBB yang lalu. Rangka tindakan tersebut kekal lebih sedikit daripada senarai pilihan kebangsaan untuk menangani cabaran yang ada.

Pusingan terakhir rundingan teknikal di Bonn pada Oktober lalu menyaksikan perdebatan di sepanjang garis kesalahan terhadap negara maju dengan negara yang membangun.