Paraguay beri amaran kepada Chile

Paraguay beri amaran kepada Chile

CONCEPCION, Chile, 3 Julai (Reuters) – Paraguay, satu-satunya pasukan yang berjaya menjaringkan gol ke atas Argentina dalam Copa America, memberi amaran mengenai apa yang bakal berlaku sekiranya pasukan pilihan itu bermain dengan kemampuan sebenar mereka.

Amaran itu diberikan kepada tuan rumah Chile, yang akan berdepan dengan Lionel Messi dan rakan-rakannya dalam perlawanan akhir (Ahad ini waktu Malaysia), agar tidak membuka ruang di bahagian pertahanan selepas mereka dibelasah 6-1 dalam separuh akhir kelmarin.

“Chile perlu berhati-hati kerana kita tahu jika awak keluar untuk menyerang Argentina awak mungkin menempuh pengalaman serupa dengan yang berlaku kepada kami. Anda akan terperangkap,” kata penyerang Lucas Barrios.

“Chile ialah sebuah pasukan yang bagus dan pemain-pemainnya bagus…tetapi Argentina ialah pasukan pilihan. Perlawanan akhir itu sudah tentu hebat,” tambah Barrios, yang menjaringkan dua kali dalam dua pertemuan dengan Argentina, iaitu ketika seri 2-2 dalam perlawanan pembukaan dan jaringan sagu hati kelmarin.

Ketua jurulatih Paraguay ketika berkata pada sidang media. – Reuters
Ketua jurulatih Paraguay ketika berkata pada sidang media. – Reuters

Chile mahu melihat pasukan yang mereka anggap sebagai generasi pemain-pemain terbaik pernah mereka ada ini untuk menjulang gelaran Copa America kali pertama.

Namun, generasi pemain Argentina kali ini memiliki ramai pemain lebih berbakat dan berazam tinggi untuk menamatkan penantian negara mereka terhadap kemenangan dalam pertandingan besar selepas kalah kepada Jerman dalam perlawanan akhir Piala Dunia di Brazil tahun lalu.

“Jika Argentina bermain di tahap ini, sangat sukar untuk menyerang balas mereka. Chile ialah pasukan yang bagus tetapi sangat sukar untuk berhadapan dengan pasukan (Argentina) ini,” kata jurulatih Paraguay, Ramon Diaz dari Argentina.

ARTIKEL YANG SAMA