Paraguay kejutkan Brazil

Paraguay kejutkan Brazil

CONCEPCION, Chile, 28 Jun (AFP) – Badi sepakan penentuan penalti Brazil belum patah lagi apabila Paraguay menyingkirkan mereka dari Copa Amerika semalam dalam kejutan ulangan kekalahan 2011 ke atas juara dunia lima kali itu.

Wira pasukan Uruguay, penyerang Derlis Gonzalez menyudahkan jaringan sepakan penalti pada separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan seri 1-1 sebelum melangkah untuk meledakkan rembatan kemenangan 4-3 dalam sepakan penentuan.

Ia menandakan satu lagi kekalahan pahit Brazil, yang tewas kepada Paraguay pada peringkat perlawanan yang sama empat tahun lalu apabila mereka juga tewas menerusi sepakan penalti.

Harapan Brazil untuk membalas dendam terhadap kekalahan itu terjejas dalam sepakan penentuan, apabila sepakan Ribeiro Everton dan Douglas Costa yang tidak dapat disempurnakan memberikan inisiatif kepada Paraguay.

Kapten Paraguay, Roque Santa Cruz memberikan pasukannya masa yang menggentarkan apabila mensia-siakan peluang untuk mencapai kemenangan dengan sepakan keempat yang melepasi palang.

Pemain Paraguay meluru ke dalam padang meraikan kemenangan mereka dalam penentuan sepakan penalti menentang Brazil dalam suku akhir Copa America di Stadium Alcaldesa Ester Roa Rebolledo di Concepcion semalam. - Reuters
Pemain Paraguay meluru ke dalam padang meraikan kemenangan mereka dalam penentuan sepakan penalti menentang Brazil dalam suku akhir Copa America di Stadium Alcaldesa Ester Roa Rebolledo di Concepcion semalam. – Reuters

Tetapi Gonzalez, 21, yang menyudahkan sepakan pada minit ke-72 untuk menyamakan kedudukan, tidak melakukan kesilapan dengan sepakan kelima pasukannya sebelum dikerumuni rakan sepasukan.

“Untuk menyaksikan rakan sepasukan saya menangis gembira, anda tidak dapat meletakkan nilai untuk semua itu. Tidak seorang pun mempercayainya apabila kami tiba di sini. Tetapi kami pasukan yang bersatu dan mempunyai lebih banyak masa untuk diberikan dalam perlawanan ini,” kata Gonzalez.

Paraguay akan menentang Argentina dalam separuh akhir Selasa ini untuk satu pertarungan semula bagi aksi pusingan pertama mereka yang berkesudahan seri 2-2.

Kekalahan ini adalah penyudah teruk bagi Brazil yang tiba di Chile dan terdesak untuk menebus penyingkiran memalukan mereka pada Piala Dunia tahun lepas, apabila tewas 7-1 kepada Jerman dalam saingan separuh akhir.

ARTIKEL YANG SAMA