Paralimpik Rio meriah berbanding Olimpik

Paralimpik Rio meriah berbanding Olimpik

RIO DE JANEIRO, 12 Sept – Tiga minggu lepas, para penganjur dan penyokong-penyokong acara bimbang Paralimpik 2016 tidak akan begitu mendapat sambutan daripada orang ramai. Namun apabila penduduk Sao Paulo, Marco Fumis tiba di Taman Olimpik Sabtu lepas, dia terkejut dengan apa yang dilihatnya.

“Saya secara positifnya terkejut akan ini,” ujar Fumis. “Kami orang yang begitu emosi, dan saya berasa kami sedar bagaimana pentingnya bukan sahaja untuk Olimpik namun juga Paralimpik. Kebanyakan kami di sini untuk lebih memahami bagaimana atlet-atlet ini lakukan apa yang mereka buat, jadi kami di sini untuk memberi sokongan.”

Sokongan peminat begitu ketara. Sebanyak 170,000 tiket dijual bagi acara-acara di Taman Olimpik, melepasi acara keseluruhan sehari pada Olimpik baru-baru ini.

“Ia satu suasana yang begitu hebat kerana selalunya kami mempunyai seperti lima orang di tempat pemerhati dan kini kami mempunyai keseluruhan gim,” pemain bola tampar wanita AS Heather Erickson berkata selepas pasukannya menewaskan Iran 3-0.

Kelmarin, 46,000 tiket telah dijual di Stadium Olimpik, tempat berlangsungnya acara trek dan padang yang berasingan dari Taman Olimpik, menurut Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Acara trek dan padang yang menjadi salah satu tumpuan orang ramai dalam Sukan Paralimpik Rio 2016. – AFP
Acara trek dan padang yang menjadi salah satu tumpuan orang ramai dalam Sukan Paralimpik Rio 2016. – AFP

“Semua orang mahu bercakap mengenai ‘Bagaimana dengan London?” jurucakap IPC Craig Spense berkata, merujuk mengenai sukan Paralimpik London 2012, di mana mencatat rekod 2.7 juta tiket dijual. “Namun (Sabtu) melepasinya bagi saya.”

Pada kempen minit-minit terakhir yang berasal dari Great Britain, digelar #FillTheSeats (isikan kerusi-kerusi) dan disokong oleh para penderma seperti Coldplay, Prince Harry dan atlet Paralimpik AS Tatyana McFadden, melonjakkan jualan tiket yang diberi kepada kanak-kanak Brazil.

Warga Brazil boleh membeli tiket serendah AS$3 dan membayar untuk mereka bagi pelan empat bulan, ujar jurucakap Rio 2016 Mario Andrada.

“Kami mempunyai banyak perkara yang begitu sukar untuk kami, sukan ini membawakan kita perasaan harapan,” ujar Sofia Borges, sukarelawan Rio 2016 yang juga penduduk tetap Sao Paulo. “Ia membawa harapan kepada keluarga-keluarga dan kanak-kanak, dan ia juga begitu elok untuk menyaksikan sukan selain bola sepak.”

Jumlah jualan tiket kini berada pada 1,863,000, jumlah kedua terbesar Sukan Paralimpik setakat ini, di belakang London. Spence mengakui jangkaan adalah rendah namun dia berkata dia gembira akan bagaimana sukan itu telah dilangsungkan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA