Parasit tahan ubat anti-malaria masih terhad di Asia Tenggara

Parasit tahan ubat anti-malaria masih terhad di Asia Tenggara

WASHINGTON, 23 Jun (AFP) – Sejenis parasit yang tahan ubat anti malaria masih terhad di Asia Tenggara dan masih belum merebak ke Sahara Afrika seperti yang dikhuatiri, kata penyelidik semalam.

Ahli sains mengesahkan pembendungan dengan menjalankan kajian global pertama yang memetakan tentangan terhadap “artemisinin,” ubat anti-malaria terkenal buat masa sekarang.

Satu konsortium antarabangsa yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjalankan penyelidikan di 59 negara endemik.

Sistem pemetaan membenarkan ahli sains mengawasi penyebaran parasit itu – plasmodium falciparum – pada masa depan, membenarkan mereka menilai dengan segera sama ada menggunakan ubat artemisinin berkesan untuk rawatan di kawasan tertentu, beritahu salah seorang penulis utama kajian, Didier Menard, kepada AFP.

“Sehingga sekarang ahli sains masih belum mempunyai alat untuk diberitahu mengenai ciri-ciri tentangan terhadap ubat anti-malaria di rantau yang terjejas seperti Sahara Afrika,” kata Menard, penyelidik Institut Pasteur di Kemboja. Kemunculan jenis malaria yang melawan ubat artemisinin – pertama dikesan di Kemboja pada 2008 – telah menjejaskan kempen memerangi virus itu dengan serius.

Menard menambah projek pemetaan menandakan kejayaan kesihatan awam yang amat diperlukan dalam kempen memerangi malaria,” tambah Menard.

Virus yang disebarkan oleh nyamuk itu menjangkiti 214 juta orang pada 2015 dan membunuh 438,000 orang terutamanya kanak-kanak di Sahara Afrika.

Dikenali sebagai kajian KARMA, penyelidikan berpunca daripada penemuan gen K13 pada 2014 di Institut Pasteur Kemboja, di mana kehadiran mereka boleh meramalkan sama ada satu parasit mempunyai tentangan artemisinin.