Pardew beri amaran aksi sengit

Pardew beri amaran aksi sengit

LONDON, 6 Mac (Agensi) – Pengurus Crystal Palace, Alan Pardew (gambar) memberi amaran kepada rakan sejawatnya, Jurgen Klopp supaya menjangkakan tentangan sengit ketika Liverpool membuat kunjungan ke Selhurst Park, malam ini.

Palace ketika ini dilihat terdesak selepas mengharungi 11 perlawanan tanpa kalah dengan kemenangan ke atas The Reds pasti memberi kelegaan buat kelab yang bergelut dengan zon penyingkiran itu.

Kedua-dua pengendali terkenal dengan pendekatan ‘unik’ mereka terhadap permainan dan Pardew berkata dia sudah bersedia untuk melakukan apa saja andai ia dapat mengubah nasib pasukannya.

“Klopp amat bersemangat dengan apa yang dia lakukan dan dia jelas mempunyai gayanya yang tersendiri,” kata Pardew yang juga bekas pengurus Newcastle United.

“Saya bersemangat mengenai Palace dan saya melakukan perkara dengan gaya saya.

Sunderland v Crystal Palace - Barclays Premier League

“Ia adalah biasan kepada personaliti kami. Ia bukannya gaya yang dibuat-buat. Ia berlaku dengan sendirinya.

“Dia seorang yang emosional dan amat bersemangat. Dia mempunyai karektor yang sebenar dan saya juga sama. Itu saja. Permainan ini mendedahkan karektor kami. Kamu tidak boleh menyembunyikannya.”

Tindakan Klopp yang berlari ke atas padang ketika perlawanan menentang Norwich pada Januari lalu jelas mengecewakan tuan rumah yang tewas dengan kekalahan 5-4.

Begitupun, Pardew yang pernah dikritik keras atau keceluparan mulutnya yang dapat dirakam oleh kamera ketika pertemuan dengan Manchester City serta pernah digantung kerana menanduk pemain Hull City, David Mayler berkata; “Ia langsung tidak mengganggu saya.”

“Saya memang menyesal dengan tindakan saya. Namun ia mendedahkan yang saya adalah pemenang. Saya tidak gemar kalah. Saya akan kecewa bila kalah dan hampir kesemua pengurus juga sama,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA