Pardew yakin Palace boleh tundukkan United

Pardew yakin Palace boleh tundukkan United

LONDON, 20 Mei (Agensi) – Pengurus Crystal Palace, Alan Pardew menggesa pemainnya untuk tidak mensia-siakan peluang terbaik untuk mengukir nama mereka dalam sejarah kelab itu dengan menewaskan Manchester United di pentas final Piala FA, esok.

Buat pertama kali, Palace kembali ke pentas final Piala FA sejak 1990, ironinya sekali lagi bertemu United namun tewas 1-0 pada aksi ulangan ketika itu selepas keputusan perlawanan pertama berakhir seri 3-3.

Beraksi sebagai pemain di Palace ketika pertembungan 26 tahun lalu itu, Pardew berkata corak permainan serangan balas yang ditampilkan pasukannya mampu memberi mereka kelebihan bertemu skuad Louis Van Gaal di pentas final itu.

“Kami bermain bola sepak jalanan, dengan pemain-pemain yang lahir daripada pelbagai asas. kumpulan ini mempunyai peluang untuk melakukan sesuatu yang hebat di sini, kejuaraan trofi major pertama buat kelab ini,” kata Pardew.

Pardew (kiri) dan Van Gaal akan berusaha untuk menjulang Piala FA dalam pertemuan di Stadium Wembley hujung minggu ini. – AP
Pardew (kiri) dan Van Gaal akan berusaha untuk menjulang Piala FA dalam pertemuan di Stadium Wembley hujung minggu ini. – AP

“Kami mempunyai sedikit kelebihan di beberapa kawasan di atas padang dan kami perlu menggunakannya.”

Selain Palace, United juga memburu trofi utama pertama kelab itu yang kali terakhir dijulang pada 2013 ketika memenangi Liga Perdana Inggeris dan Pardew berkata tekanan itu turut memberi tekanan yang lebih kepada pasukan lawan.

“Saya fikir tekanan sentiasa terarah kepada mereka kerana mereka Manchester United,” kata pengurus berusia 54 tahun itu.

“Kami perlu menjadi pasukan yang perlu berkerja keras sedikit untuk menang,” katanya yang mengemudi Palace ke tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris, lima mata di atas zon penyingkiran.

ARTIKEL YANG SAMA