Paris destinasi pilihan pelancong China

Paris destinasi pilihan pelancong China

CHONGQING, 21 Sept – Paris dan Tokyo, masing-masing menjadi destinasi pilihan pelancong China bagi destinasi perjalanan jarak pendek dan jauh, menurut laporan yang dikeluarkan oleh World Tourism Cities Federation (WTCF) pada mesyuarat yang diadakan di Perbandaran Chongqing, barat daya China.

Laporan WTCF mengatakan bahawa pelancong China menghabiskan AS$215 bilion semasa perjalanan mereka di luar negara pada tahun 2015, menyumbang 17 peratus pada semua penggunaan bagi pelanggan antarabangsa.

Lebih daripada 120 juta pelancong China membuat lawatan ke luar negara pada 2015, naik 10.09 peratus dari tahun ke tahun. Amerika, Jepun, Republik Korea, dan Britain menyaksikan peningkatan terbesar dalam pelancong China pada tahun 2015.

Menurut laporan itu, Tokyo, Seoul, Bangkok, Osaka, Pulau Jeju, Nagoya, Pattaya, Singapura, Inchon dan Busan adalah 10 bandar paling digemari untuk perjalanan keluar jarak pendek pelancong China. – Xinhua

Gambar fail 24 Ogos 2016 menunjukkan para pelancong berkumpul di pintu masuk Piramid Muzium Louvre di Paris, Perancis. – Xinhua
Gambar fail 24 Ogos 2016 menunjukkan para pelancong berkumpul di pintu masuk Piramid Muzium Louvre di Paris, Perancis. – Xinhua