Paris hapus kem 1,000 penghijrah

Paris hapus kem 1,000 penghijrah

PARIS, 22 Julai – Pasukan polis di Paris hari ini telah memusnahkan khemah-khemah sementara di bawah landasan kereta api yang menempatkan lebih 1,000 orang dari Afghanistan dan timur Afrika, sebahagiannya adalah langkah berterusan untuk membersihkam kem-kem yang didirikan di sekitar bandar Perancis.

Operasi di utara Paris itu adalah kali ke-26 daripada jenisnya sejak beberapa tahun yang lalu di bandar itu yang bergelut untuk menyediakan penginapan kepada pencari perlindungan berkenaan.

Antara 1,200 dan 1,400 orang, terutamanya lelaki dari Eritrea, Somalia dan Afghanistan, telah tinggal dalam khemah itu atau tidur beralas tilam yang dihamparkan di tanah di bawah landasan kereta api.

Mereka telah dibawa menggunakan bas ke pusat pendaftaran di seluruh negara.

Minggu lalu, polis rusuhan terpaksa masuk campur di tapak berkenaan untuk menyuraikan perkelahian antara beberapa penghuni kem itu.

Pasukan polis Perancis berdiri mengawal berhampiran penghijrah dan pelarian semasa pengosongan kem buatan di Paris pada 22 Julai. – AFP
Pasukan polis Perancis berdiri mengawal berhampiran penghijrah dan pelarian semasa pengosongan kem buatan di Paris pada 22 Julai. – AFP

Ketua Pejabat Integrasi dan Imigresen Perancis, Didier Leschi, berkata beberapa daripadanya melintasi menerusi Perancis dan merancang untuk mencari perlindungan di negara-negara Eropah lain.

Yang lain, bagaimanapun, sudah mendapat perlindungan di Perancis, “namun tidak dapat mencari pekerjaan dan tidak tahu di mana untuk tinggal.”

Kumpulan penyokong penghijrah mengadu kekurangan penginapan bagi pencari perlindungan, mengatakan 20,000 ruang telah diwujudkan dua tahun yang lain masih belum mencukupi untuk menangani kedatangan aliran baru.

Beberapa tahun yang lalu, kem-kem kotor sementara sering didirikan di utara Paris – dengan polis sering masuk campur setiap kali untuk membubarkan mereka. – AFP