Paris lanjut enam bulan keadaan darurat

Paris lanjut enam bulan keadaan darurat

PARIS, 20 Julai – Dewan Perhimpunan Perancis mengundi dengan majoriti besar awal hari ini bagi cadangan undang-undangan yang akan melanjutkan keadaan darurat selama enam bulan ekoran pembunuhan beramai-ramai minggu lalu di Nice.

Keadaan darurat telah dikenakan sejak serangan ke atas Paris pada November lalu dan lanjutan akan menyaksikan langkah itu, yang memberikan kuasa tambahan kepada polis untuk menjalankan pencarian dan menempatkan orang di bawah tahanan dalam rumah – masih dikenakan sehingga akhir Januari 2017.

Selepas tujuh jam perdebatan tegang, parlimen mengundi pada awal pagi ini menyokong undang-undang 489 hingga 26 – kali keempat keadaan darurat dipanjangkan.

Dewan Perhimpunan juga mengundi untuk membolehkan pihak berkuasa memeriksa bagasi dan kenderaan tanpa kelulusan dari pihak pendakwa.

Undang-undang kini perlu melalui Senat, yang dijangka mengundinya tengah hari ini.

Presiden Francois Hollande pada Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk menarik balik langkah keselamatan darurat.

Tetapi mengubah rancangan beberapa jam kemudian selepas seorang pemandu lori merempuh orang ramai pada perayaan Bastile Day di Nice, yang membunuh 84 orang dalam serangan yang kemudian kumpulan IS mengaku menjadi dalang serangan itu.

Kerajaan Sosialis Hollande menerima kritikan keras daripada pihak berhaluan kanan kerana responsnya kepada banyak serangan pelampau. – AFP