Paris Saint-Germain benam Chelsea

Paris Saint-Germain benam Chelsea

PARIS, 17 Feb – Edinson Cavani diturunkan dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan ketika Paris Saint-Germain menyingkirkan Chelsea 2-1 dalam perlawanan pertama bagi pusingan 16 Liga Juara –Juara semalam.

Cavani menewaskan Thibaut Courtois pada minit ke-78 di Parc des Princes, hanya empat minit selepas diturunkan menjadi pemain gantian, untuk memberikan juara Perancis itu kelebihan menjelang perlawanan kedua pada 9 Mac.

Zlatan Ibrahimovic sebelumnya memberikan pendahuluan kepada Paris menerusi sepakan bebas yang melantun yang menyaksikan John Obi Mikel bagi menyamakan kedudukan bagi Chelsea.

Kemenangan PSG dalam apa yang dilihat persaingan berkualiti tinggi bermakna mereka hanya masih tewas sekali kepada Real Madrid dalam 40 perlawanan musim ini, sementara ia adalah kekalahan pertama bagi Chelsea sejak Guus Hiddinik menggantikan Jose Mourinho yang dipecat pada Disember lalu.

“Ia adalah satu perlawanan hebat. Pasukan Chelsea yang dikatakan orang ramai adalah sukar untuk mengembalikan permainan mereka, begitu juga dengan disiplin yang membolehkan mereka bagi bertahan dengan baik dan melakukan langkah yang luar biasa,” jurulatih PSG, Laurent Blanc memberitahu beIN Sports.

Zlatan meraikan jaringan pertama PSG bersama rakan sepasukan semasa menentang Chelsea dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara di stadium Parc des Princes kelmarin. - Reuters
Zlatan meraikan jaringan pertama PSG bersama rakan sepasukan semasa menentang Chelsea dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara di stadium Parc des Princes kelmarin. – Reuters

“Kami menjangkakan perlawanan yang sukar. Ia adalah sukar di Stamford Bridge tetapi saya rasa pemain–pemain Chelsea akan menyatakan perkara yang sama.”

Hiddinik berkata, “Sudah tentu kekalahan adalah sesuatu yang mengecewakan tetapi anda perlu mempertimbangkan ia adalah dua perlawanan dan menjaringkan gol di gelanggang luar adalah penting.

“Tewas 2-1, sudah tentu kami masih dalam persaingan.”

Dengan John Terry tidak beraksi, Chelsea merombak pertahanan yang memperkenalkan ketua pasukan bagi malam itu, Bransilva Ivanovic di bahagian tengah, di samping Gary Cahill dengan Cesar Azipilicueta di bahagian pertahanan dan Baba Rahman di bahagian lain.

Marquinhos bermula di bahagian pertahanan bagi PSG selepas Serge Aurier digugurkan dari kelab itu kerana masalah disiplin, sementara Marco Verratti kembali ke barisan utama selepas sebulan bergelut dengan aktiviti kecergasan.

Dengan kekuatan midfield Itali itu yang menguatkan kedudukan, Paris bermula dengan begitu bersemangat sehingga menggentarkan pasukan Chelsea dengan tekanan. – AFP