Park berterima kasih kepada China

Park berterima kasih kepada China

BEIJING, 2 Sept (Reuters) – Presiden Korea Selatan Park Geun-hye hari ini berterima kasih kepada China, ketika kemuncak mesyuarat dengan Presiden Xi Jinping, bagi bantuan dalam menamatkan ketegangan baru-baru ini dengan Korea Utara yang telah menyeret kedua-dua negara berjiran itu hampir kepada konflik bersenjata.

Kedua-dua negara bersaingan itu mengelak konfrontasi ketenteraan dengan mencapai perjanjian minggu lalu untuk memperbaiki hubungan ekoran kejadian luar biasa berbalas-balas tembakan di sempadan berkubu.

“Saya menghargai China kerana memainkan peranan membina dalam mengurangkan situasi ketegangan baru-baru ini di semenanjung Korea dengan berhubung dengan dekat dengan kami,” kata Park pada mesyuarat itu, menurut kumpulan laporan yang disediakan oleh pejabat beliau.

“Saya berharap akan dapat mengongsikan pendapat yang terus terang dengan Presiden Xi tentang situasi politik semenanjung Korea hari ini ketika ketegangan terus wujud di semenanjung.”

Park memulakan lawatan tiga hari ke China bagi menghadiri upacara memperingati tahun ke 70 berakhirnya Perang Dunia Kedua di Asia dan dijadualkan menghadiri perarakan tentera besar-besaran esok.

Park dan Xi berjabat tangan ketika bertemu di Great Hall of People di Beijing. – Reuters
Park dan Xi berjabat tangan ketika bertemu di Great Hall of People di Beijing. – Reuters

Kemuncak mesyuarat Park kali ke enam dengan Xi menekankan peningkatan pesat hubungan antara negara-negara Asia meskipun Beijing semakin kecewa dengan Korea Utara.

China, satu-satunya sekutu utama Pyongyang, menyokong Korea Utara dalam Peperangan Korea 1950-53, dengan anak sulung lelaki mendiang pemimpin Mao Zedong mati dalam konflik dengan Korea Selatan.

Bagaimanapun dalam ucapan pembukaan beliau pada mesyuarat dengan Park, Presiden China Xi Jinping tidak secara langsung menumpu pada ketegangan baru-baru ini tetapi menekankan hubungan meningkat antara Korea Selatan dan China terutamanya dalam perdagangan dan kerjasama kewangan.

“China dan Republik Korea adalah sahabat baik, dan penggalak kuat keamanan serantau dan dunia. Melihat pada sejarah, perjuangan kedua-dua rakyat kami sangat serupa dengan usaha kami untuk membebaskan rakyat kami,” kata Xi.

ARTIKEL YANG SAMA