Park juara Jemputan Lorena Ochoa

Park juara Jemputan Lorena Ochoa

LOS ANGELES, 16 Nov (Reuters) – Park In-bee mencatatkan kemenangan LPGA kelimanya musim ini selepas menghasilkan lapan bawah par 64 untuk memenangi Jemputan Lorena Ochoa di bandar Mexico dengan tiga strok semalam.

Ia adalah persembahan dominan bagi Korea Selatan, yang menamatkan 18 bawah par dalam kemunculan pertamanya sejak menarik diri di China dua minggu lalu kerana mengalami sista di jarinya.

Carlota Ciganda dari Sepanyol mencatatkan sembilan bawah par 63 untuk menamatkan tangga kedua dengan 15 bawah, sementara Kim Sei-young di tempat ketiga dengan 13 bawah.

ARTIKEL YANG SAMA