Park juara Terbuka British

Park juara Terbuka British

TURNBERRY, United Kingdom, 3 Ogos (AFP) – Pemain Korea Selatan, Park Inbee memenangi kejuaraan golf wanita Terbuka British, di sini, semalam.

Ini adalah kejuaraan major ketujuh dimenanginya setakat ini, selepas mencatatkan 65 pukulan pada pusingan akhir untuk menyamai rekod kejohanan yang merangkumi satu eagle dan tujuh birdie itu.

Dengan catatan keseluruhan 12 di bawah 276, pemain nombor satu dunia itu merangkul kejuaraan major kedua musim ini selepas meraih gelaran Kejohanan LPGA buat kali ketiga berturut-turut pada Jun lalu.

Park juga sebelum ini turut memenangi dua kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat dan Kejohanan Kraft Nabisco 2013.

Park Inbee mengucup trofi kejuaraan golf wanita Terbuka British. – Reuters
Park Inbee mengucup trofi kejuaraan golf wanita Terbuka British. – Reuters

Dia kini hanya belum memenangi satu lagi kejuaraan utama iaitu Kejohanan Evian – namun sudah merangkul gelaran itu setahun sebelumnya, sebelum ia diumum sebagai lima kejuaraan utama pada 2013.

ARTIKEL YANG SAMA