Park: Korea U siap sedia ujian nuklear ke-5

Park: Korea U siap sedia ujian nuklear ke-5

SEOUL, 18 April (AFP) – Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye hari ini berkata Korea Utara nampaknya bersedia bagi ujian nuklear kelima dalam mengingkari sekatan ketat PBB yang dikenakan ke atasnya selepas ujian terakhirnya pada bulan Januari lalu.

“Tanda-tanda bahawa ia membuat persediaan bagi ujian nuklear kelima baru-baru ini telah dikesan,” Park memberitahu mesyuarat kabinet.

Kenyataan beliau menyusuli laporan media Korea Selatan yang mana kerajaan yang tidak dinyatakan identitinya dan pegawai perisikan bercakap tentang peningkatan kegiatan di tapak ujian nuklear Korea Utara, Punggy-ri.

Ujian baru akan menyaksikan Pyongyang bertindak di tengah sekatan keras yang dibentuk oleh Majlis Keselamatan PBB dan akan mencabar masyarakat antarabangsa ketika ia berusaha mencari jalan baru untuk membendung usaha nuklear Korea Utara.

Korea Utara bersiap sedia bagi kongres parti memerintah yang luar biasa dan digembar-gemburkan pada awal bulan depan yang mana pemimpinnya Kim Jong-Un dijangka menerima pujian kerana mengusahakan program nuklear negara itu ke tahap tinggi baru.

Ramai penganalisis mengatakan rejim itu mungkin melancarkan ujian nuklear kelima sebagai memperlihatkan keingkaran dan kekuatan sebelum kongres dibuka.

“Tidak pasti apakah jenis provokasi yang tidak dijangkakan yang akan dilaksanakannya,” Park berkata pada mesyuarat kabinet. Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata itu adalah amaran bagi kemungkinan ujian kelima.

ARTIKEL YANG SAMA