Park masih boleh tidur lena

Park masih boleh tidur lena

SEOUL, 30 Nov – Undian untuk mendakwa presiden Korea Selatan yang dilanda skandal akan ditangguhkan sekurang-kurangnya seminggu, ahli parlimen berkata hari ini selepas Park Geun-Hye mengumumkan bersedia untuk meletak jawatan lebih awal.

Ahli parlimen parti Park sendiri telah menyokong langkah untuk mencabar beliau Jumaat ini, tetapi kini mahu isu itu dibincangkan di parlimen sebelum undian dibuat yang mungkin akan dijadualkan seminggu lagi.

Park pada Selasa berkata, dia akan membiarkan parlimen menentukan nasibnya berikutan tuduhan bahawa Choi Soon-Sil, orang kepercayaannya yang digelar ‘Rasputin Korea’ menerima lebih AS$60 juta bayaran daripada beberapa syarikat terkemuka termasuk Samsung.

Park telah dinamakan sebagai suspek dalam siasatan yang semakin meningkat, menjadikan beliau sebagai presiden pertama disiasat untuk kes jenayah ketika berkuasa.

“Apabila ahli parlimen memikirkan langkah-langkah untuk memindahkan kuasa dengan cara paling minimum untuk mengelak sebarang kekosongan dan huru-hara dalam pentadbiran, saya akan berundur,” katanya dalam ucapan video secara langsung.

Pengkritik berkata kenyataan itu adalah usaha beliau untuk melambatkan pendakwaan ketika pendapat anggota partinya dan ketiga-tiga parti pembangkang berbelah-bagi.

Ucapan itu dilihat meyakinkan beberapa ahli parti Saenuri Park untuk memberikan halangan kepada pembangkang yang memerlukan majoriti dua pertiga di dalam Dewan Negara untuk meluluskan usul pemecatan. – AFP