Park mungkin tidak sertai Olimpik Rio

Park mungkin tidak sertai Olimpik Rio

SEOUL, 15 Jun (AFP) – Pemain nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Park In-Bee mungkin tidak akan beraksi dalam Olimpik Rio kerana kecederaan ibu jari, kata ejennya hari ini.

Kecederaan itu juga akan mengetepikan pemain nombor tiga dunia itu dari pertandingan Meijer LPGA Classic di Mihcigan dan kemunculannya pada seterusnya akan ditentukan kemudian, bergantung ke atas keadaan ibu jarinya, kata ejennya, Matt Kim.

“Dia mengadu kesakitan pada ibu jari tangan kirinya”, Kim memberitahu AFP.

“Ia masih perlu dilihat sama ada dia boleh bersaing dalam Sukan Olimpik. Ia bergantung ke atas keadaan kecederaannya,” katanya. Pemain itu, 27, mengalami kecederaan belakang yang memaksanya untuk berehat selama sebulan pada awal musim.

Gambar fail – Park In-Bee ber-kemungkinan tidak beraksi dalam Olimpik Rio kerana mengalami kecederaan ibu jari. – AFP
Gambar fail – Park In-Bee ber-kemungkinan tidak beraksi dalam Olimpik Rio kerana mengalami kecederaan ibu jari. – AFP

Park layak bagi LPGA Tour Hall of Fame ketika Kejohanan PGA Wanita minggu lalu, biarpun terlepas cut dengan dua strok.

Dia minggu lalu berkata dia akan memberikan peluang kepada seseorang untuk bersaing dalam Olimpik pada Ogos lalu, jika dia gagal untuk pulih sepenuhnya tepat pada masanya.

“Ia masih lagi dua bulan dan saya tidak tahu apa yang terjadi pada ibu jari saya sehingga itu,” Park memberitahu wartawan.