Park terajui Jemputan Lorena Ochoa

Park terajui Jemputan Lorena Ochoa

BANDAR MEXICO, 13 Nov (AFP) – Park In-Bee (gambar) tidak menunjukkan petanda mengalami kecederaan tangan yang memaksanya untuk menarik diri dari pertandingan China minggu lalu dengan mencatatkan 68 pukulan pada pusingan pembukaan Jemputan Lorena Ochoa.

Park dari Korea Selatan menarik diri dari pertandingan Blue Bay di Pulau Hainan kerana mengalami kesakitan di tangan kirinya akibat sista.

“Yeah, saya merasa sedikit bimbang kerana tidak berlatih beberapa hari, tetapi saya mengalami hari yang indah hari ini,” kata Park, yang mencatatkan empat bawah semalam bagi mendahului satu pukulan dalam LPGA seterusnya sehingga persaingan akhir musim ini di bandar Mexico.

Park, 27, berazam untuk memenangi penghormatan tertinggi bagi musim LPGA dan untuk melakukannya dia perlu mengembalikan kedudukan nombor satu dari Lydia Ko, New Zealand.

Park juga mengejar Ko bagi anugerah Pemain Tahunan, Trofi Vare (perkadaran pukulan rendah) dan bagi wang yang banyak dimenangi dalam Jelajah musim ini.

GOLF-SKOREA-WOMEN-SOCIETY-KOR

Ko tidak beraksi minggu ini. Dia kembali minggu depan di Kejohanan Jelajah Kumpulan CME di Naples, Florida.

Suzann Pettersen dari Norway, Angela Stanford dan Lee Min-Jee dari Australia terikat di kedudukan kedua selepas mencatatkan 69 pada pusingan pembukaan.

Tujuh pemain terikat di kedudukan kelima selepas memulakan dengan 71: Pernilla Lindberg dari Sweden, Mariajo Uribe, Jaye Marie Green dan Sydnee Michaels dari Colombia, Azahara Munoz dari Sepanyol, Ryu So-Yeon dari Korea Selatan dan pemain amatur dari Mexico, Gaby Lopez.

Park memulakan dengan permulaan kuat semalam dengan menghasilkan birdie di empat dari lima lubang pertamanya. Mencatatkan tujuh birdie dan bogey tiga kali dalam pusingannya.

“Ia adalah hari putting yang bagus,” katanya. “Dengan sembilan, saya membuat pukulan sedikit lebih baik, tetapi saya mempunyai tiga hari lagi, dan perlu untuk melakukan tugasan ke atas pukulan saya.”

ARTIKEL YANG SAMA