Parker sumbang AS$250 juta, wujudkan pusat imunoterapi

Parker sumbang AS$250 juta, wujudkan pusat imunoterapi

LOS ANGELES, 14 April (AFP) – Jutawan teknologi Sean Parker mengumumkan pemberian AS$250 juta semalam untuk membiayai penyelidikan yang bertujuan kejayaan dalam rawatan penyakit barah melalui imunoterapi.

Parker, pengasas perkhidmatan perkongsian muzik, Napster dan pelabur awal dan eksekutif di Facebook, akan mewujudkan pusat bagi imunoterapi – yang bertujuan menggunakan sistem kekebalan badan untuk melawan penyakit ini – bekerjasama dengan enam institusi penyelidikan barah di AS.

“Kita berada pada tahap penggubahan dalam penyelidikan barah dan kini adalah masa untuk memaksimumkan potensi unik imunoterapi untuk mengubah semua penyakit barah menjadi penyakit yang dapat ditangani, yang menyelamatkan berjuta-juta jiwa,” kata Parker, yang tahun lalu telah mewujudkan Yayasan Parker.

“Kami percaya pembentukan pembiayaan baru dan model penyelidikan boleh mengatasi banyak halangan yang pada masa ini menghalang kejayaan penyelidikan. Bekerjasama rapat dengan ahli-ahli sains kita dan lebih 30 rakan industri, Institusi Parker berhasrat meluaskan penyebaran penemuan dan paling penting rawatan paling pantas ke atas para pesakit.”

Parker, 36 dan isterinya, Alexandra meraikan pelancaran dengan gala makan malam di kediaman mewah mereka di Beverly Hills yang mempunyai sembilan bilik tidur dan bernilai AS$50 juta, yang dibeli dari pelawak yang juga penyampai Ellen DeGeneres pada tahun 2014.

Hampir 600,000 rakyat Amerika dijangka meninggal dunia kerana penyakit barah dalam tahun 2016, menurut Persatuan Barah Amerika. Itu mentafsirkan lebih 1,600 orang sehari. Itu adalah punca kedua kematian paling lumrah di AS, melebihi punca penyakit jantung dan diperkira hampir satu dalam setiap empat kematian.

ARTIKEL YANG SAMA