Parlimen Afghanistan diserang

Parlimen Afghanistan diserang

KABUL, 22 Jun (Reuters) – Seorang pengebom berani mati Taliban dan enam lelaki bersenjata telah menyerang parlimen Afghanistan, hari ini, mencederakan kira-kira 19 orang dan mengakibatkan asap tebal di seluruh Kabul, menjadikan daerah kedua dalam masa dua hari jatuh ke tangan kumpulan Islamis di utara.

Serangan ke atas pusat simbolik kuasa itu, salah satu yang paling berani dalam beberapa tahun kebelakangan, bersama dengan siri kemenangan Taliban di tempat lain, membangkitkan persoalan tentang keupayaan pasukan keselamatan Afghanistan yang dilatih NATO sama ada dapat menanganinya dan sejauh mana militan boleh mara ke hadapan.

Keganasan telah menyelubungi Afghanistan sejak kepulangan pasukan asing pada hujung tahun lepas. Pemberontak telah menekan untuk mengambil alih wilayah itu lebih 13 tahun lalu selepas campur tangan tentera yang diketuai AS yang menggulingkan Taliban daripada berkuasa.

Serangan bermula apabila seorang pejuang Taliban memandu sebuah kereta yang dimuatkan dengan bahan letupan meledak di luar pagar parlimen, kata Ebadullah Karimi, jurucakap bagi polis Kabul, membangkitkan persoalan tentang bagaimana pemandu boleh melepasi beberapa pusat kawalan keselamatan.

Enam lelaki bersenjata telah mengatur kedudukan di dalam sebuah bangunan berhampiran parlimen, katanya. Pasukan keselamatan membunuh enam orang selepas pertempuran senjata berakhir hampir dua jam.

Kakitangan polis Kebangsaan Afghanistan berdiri berhampiran mayat militan Taliban selepas bangunan parlimen Afghanistan di Kabul diserang pada 22 Jun. – AFP
Kakitangan polis Kebangsaan Afghanistan berdiri berhampiran mayat militan Taliban selepas bangunan parlimen Afghanistan di Kabul diserang pada 22 Jun. – AFP

Ketua polis Kabul, Abdul Rahman Rahimi mengatakan semua penggubal undang-undang dalam keadaan selamat. Gambaran TV menunjukkan speaker duduk dengan tenang dan ahli perundangan meninggalkan bangunan, yang diselubungi asap dan debu, tanpa rasa panik.

Manakala itu, empat wanita di antara 19 yang cedera, kata Sayed Kabir Amiri, seorang pegawai kesihatan yang menyelaras hospital Kabul.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid mendakwa bertanggungjawab.

“Kami telah melancarkan serangan ke atas parlimen ketika adanya perkumpulan penting untuk memperkenalkan menteri pertahanan negara,” ujarnya melalui telefon.

Ahli perundangan, Farhad Sediqi di antara beberapa perundangan yang mengkritik agensi keselamatan kerana tidak mencegah serangan itu.

“Ia menunjukkan kegagalan besar dalam jabatan keselamatan dan perisikan kerajaan,” katanya.

Daerah kedua yang jatuh ke tangan Taliban, hari ini adalah di wilayah utara Kunduz. Pegawai mengatakan ia jatuh selepas tenaga bantuan yang diperlukan segera gagal untuk tiba.