Parlimen Arab Israel masuki kawasan larangan

Parlimen Arab Israel masuki kawasan larangan

BAITULMUQADDIS, 28 Okt (AFP) – Ahli Parlimen Arab Israel berkata, beliau akan memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa di kawasan Baitulmaqdis hari ini, walaupun terdapat larangan bagi ahli-ahli parlimen untuk membuat lawatan di kawasan ini di tengah-tengah gelombang keganasan maut yang melanda negeri itu.

Basel Ghattas, ahli parlimen Israel beragama Kristian berkata di laman Facebook beliau bahawa beliau akan melawat kawasan itu untuk menghantar mesej kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

“Pagi ini saya akan memasuki Masjid Al-Aqsa sebagai perwakilan Netanyahu,” kata Ghattas. “Israel tidak mengawal sesiapa yang dilarang untuk memasuki kawasan itu, dan terus mengubah status quo.”

Ahli Parlimen Arab Israel dengan kawalan tentera Israel menuju Masjid Al-Aqsa untuk membuat lawatan semalam. - AFP
Ahli Parlimen Arab Israel dengan kawalan tentera Israel menuju Masjid Al-Aqsa untuk membuat lawatan semalam. – AFP

Ghattas menyiarkan gambar dan video ketika berada di sekitar kompleks masjid itu untuk ditunjukkan kepada Netanyahu hari ini, yang merupakan tapak ketiga paling suci dalam Islam dan juga merupakan tempat suci bagi orang Yahudi yang dikenali ‘sebagai Temple Mount’. Netanyahu mengharamkan semua anggota Knesset, ahli-ahli parlimen Israel, dan menteri-menteri daripada memasuki kawasan itu awal bulan ini dalam usaha untuk meredakan ketegangan yang telah melihat 9 warga Israel dibunuh oleh rakyat Palestin dalam tempoh tiga minggu serangan pisau dan tembakan.

Pengharaman yang disasarkan kepada ahli kerajaan Yahudi daripada melawat ke kawasan tersebut dilihat sebagai provokasi rakyat Palestin. Seramai 59 Palestin dan seorang Arab Israel juga telah dibunuh.

Sebahagian daripada mereka telah ditembak mati oleh polis Israel semasa melakukan serangan, tetapi sebahagian darinya telah dibunuh oleh pasukan keselamatan.