Parlimen baru Vietnam bermula

Parlimen baru Vietnam bermula

HANOI, Vietnam, 20 Julai – Sesi pertama Perhimpunan Kebangsaan ke-14 Vietnam dimulakan hari ini di ibu negeri Vietnam, Hanoi, bagi melantik parlimen baru bagi tempoh 2016 hingga 2021.

Bercakap pada majlis pembukaan, Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan, Nguyen Thi Kim Ngan berkata ini adalah sesi pertama parlimen baru dengan “kandungan yang sangat penting”, menarik perhatian para pengundi dan orang ramai seluruh negara.

Perhimpunan itu akan melantik jawatan-jawatan pemimpin utama, termasuk pengerusi perhimpunan, presiden, perdana menteri, dalam kalangan yang lain.

Juga ketika sesi itu, akan mengkaji, berdebat dan memberikan pendapat laporan pada situasi sosio-ekonomi dan pelaksanaan bajet negara dalam enam bulan pertama 2016, dan juga penyelesaian bagi pelaksanaan pelan sosio-ekonomi dan bajet negara bagi enam bulan terakhir tahun ini.

Berucap pada sesi pembukaan itu, Setiausaha Agung Majlis Pusat Vietnam Parti Komunis, Nguyen Phu Trong berkata Perhimpunan Kebangsaan ke-14 ini bermula dalam konteks pembangunan rumi dalam rantau itu dan dunia, serta beberapa lagi peluang dan cabaran dalam negara.

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc (tengah) bersama jawatankuasa tertinggi Perhimpunan Kebangsaan Vietnam ke-14. – AP
Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc (tengah) bersama jawatankuasa tertinggi Perhimpunan Kebangsaan Vietnam ke-14. – AP

Ketua parti itu juga mengemukakan cadangan-cadangan supaya parlimen baru dapat memenuhi tugasnya, termasuk memuktamadkan sistem undang-undang, penambahbaikan aktiviti pemantauan perhimpunan kebangsaan, dan penambahbaikan tanggungjawab-tanggungjawab perhimpunan kebangsaan dalam memutuskan isu-isu utama negara.

Ketika sesi akhir Perhimpunan Kebangsaan ke-13, parlimen Vietnam menggantikan jawatan-jawatan tertinggi pemimpin negara dan ketua-ketua negeri negara itu akan dilantik semula ketika sesi pertama Perhimpunan Kebangsaan ke-14.

Pada 31 Mac, Nguyen Thi Kim Ngan menjadi pengerusi wanita pertama Perhimpunan Kebangsaan, sementara Tran Dai Quang dilantik sebagai presiden baru pada 2 April, dan Nguyen Xuan Phuc dilantik sebagai perdana menteri negara itu pada 7 April.

Sesi pertama perhimpunan itu dijadualkan akan berlangsung sehingga 29 Julai. – Xinhua