Parlimen Greece luluskan pakej

Parlimen Greece luluskan pakej

ATHENS, 16 Julai – Parlimen Greece meluluskan pakej menyeluruh langkah-langkah penjimatan yang dituntut oleh rakan-rakan Eropah sebagai imbalan untuk rundingan pembukaan pada pakej jaminan berbilion euro yang diperlukan untuk memastikan negara yang hampir muflis itu kekal di zon euro.

Undian itu diikuti dengan perdebatan bergelora yang mana puluhan ahli parlimen parti memerintah Syriza berhaluan kiri memberontak terhadap Perdana Menteri Alexis Tsipras dan membantah pakej tersebut, yang mana telah diluluskan dengan sokongan parti-parti pembangkang.

Pakej tersebut telah diluluskan dengan 229 undian memihak dalam 300 ruang kerusi tetapi 38 ahli parlimen Syriza menentang undian terhadap kerajaan, termasuk bekas Menteri Kewangan Yanis Varoufakis dan Menteri Tenaga masa kini Panagiotis Lafazanis, Timbalan Menteri Buruh Dimitris Stratoulis dan speaker parlimen Zoe Constantopoulou.

Keputusan tersebut membuka jalan untuk rundingan jaminan ketiga bermula dengan rakan-rakan Eropah, tetapi meninggalkan masa depan kerajaan haluan kiri Tsipras tidak jelas berikutan perpecahan dalam barisan partinya. – Reuters

Perdana Menteri Greece ketika dalam rundingan bersama ahli parlimen Greece. – Reuters
Perdana Menteri Greece ketika dalam rundingan bersama ahli parlimen Greece. – Reuters