Parlimen Jerman lulus tindakan tentera hapus IS

Parlimen Jerman lulus tindakan tentera hapus IS

BERLIN, 4 Dis (AFP)  – Ahli perundangan meluluskan rancangan hari ini bagi Jerman untuk mengambil peranan langsung dalam pertempuran ke atas kumpulan Islamic State (IS) di Syria, menjawab rayuan Perancis bagi bantuan selepas serangan maut Paris.

Parlimen bersetuju pada mandat bagi menghantar jet peninjauan Tornado, sebuah frigat dan kira-kira 1,200 anggota tentera setelah mendapat undian menyokong sebanyak 445 dan 146 yang menentang.

Lampu hijau bagi misi itu yang boleh menjadi penghantaran terbesar Jerman ke luar negara muncul tiga minggu selepas kumpulan jihad itu membunuh 130 orang dalam satu siri serangan di Paris.

Jet peninjau Tornado milik Tentera Udara Jerman, Luftwaffe berada di lapangan terbang tentera di Jagel, utara Jerman. – AFP
Jet peninjau Tornado milik Tentera Udara Jerman, Luftwaffe berada di lapangan terbang tentera di Jagel, utara Jerman. – AFP

Kekejaman itu mencetuskan Perancis untuk meminta bantuan yang memerlukan negara-negara EU untuk menyediakan bantuan tentera bagi menghapuskan kumpulan IS di Iraq dan Syria.

Britain menyertai kempen pengeboman diketuai AS ke atas Syria kelmarin, menyerang padang minyak yang ditawan IS ketika momentum untuk bertindak ke atas kumpulan jihad semakin meningkat.

ARTIKEL YANG SAMA