Parlimen Mesir sokong undang-undang anti-keganasan

Parlimen Mesir sokong undang-undang anti-keganasan

KAHERAH, 18 Jan – Parlimen Mesir semalam sangat menyokong undang-undang anti-keganasan yang berkontroversi yang akan menubuhkan mahkamah khas dan melindungi penguat kuasanya daripada kesan undang-undang yang merumitkan.

Undang-undang itu adalah salah satu daripada kira-kira 400 undang-undang yang dikeluarkan oleh perintah eksekutif ketika tempoh lebih tiga tahun Mesir diperintah tanpa parlimen selepas dewannya yang dilantik secara demokrasi dibubarkan dalam pertengahan 2012.

Ia membutirkan hukuman bagi pelbagai jenayah berkaitan keganasan yang daripada lima tahun hinggalah hukuman mati, dan melindungi ketenteraan dan polis dari hukuman undang-undang bagi apa yang disifatkannya penggunaan kekerasan yang bersekadar.

Undang-undang itu juga mendenda wartawan-wartawan kerana bercanggah dengan versi pihak berkuasa tentang sebarang serangan militan.

Sebuah helikopter tentera menjalankan rondaan udara ke atas Kaherah, sebagai sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan yang memuncak menjelang ulang tahun ke-25, pemberontakan januari, di Mesir. - Reuters
Sebuah helikopter tentera menjalankan rondaan udara ke atas Kaherah, sebagai sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan yang memuncak menjelang ulang tahun ke-25, pemberontakan januari, di Mesir. – Reuters

Draf asal telah dipinda tahun lalu ekoran tentangan keras dalam negara dan antarabangsa selepas pada awalnya menetapkan pemenjaraan bagi kesalah seumpama itu.

Badan perundangan yang baru dilantik dengan mengikut perlembagaan memenuhi permintaan untuk mengkaji perintah eksekutif dalam tempoh 15 hari sesi pertamanya, iaitu pada 10 Jan dan sama ada meluluskan atau menolaknya.

Undang-undang anti keganasan diluluskan oleh 457 undi berbanding 24 tanpa satu pun pindaan kepada perintah asal yang dikeluarkan oleh Presiden Abdel Fattah al-Sisi tahun lalu, menurut sumber parlimen.

Parlimen baru Mesir, yang mempunyai 568 anggota dilantik serta 28 lagi anggota yang dilantik secara langsung oleh presiden, didominasi oleh gabungan ‘Support Egypt’ sebuah gabungan yang mempunyai lebih 400 ahli parlimen yang setia kepada Sisi.

Parlimen juga meluluskan perintah 2014 berhubung perlindungan kemudahan penting kerajaan.

Undang-undang menambah bidang kuasa mahkamah tentera, membenarkan mereka untuk membicarakan orang awam yang dituduh menyerang bangunan dan memutuskan hubungan jalan raya. – Reuters