Parlimen Myanmar tambah satu lagi kementerian

Parlimen Myanmar tambah satu lagi kementerian

NAY PYI TAW, 10 Mei (Xinhua) – Kesatuan Parlimen Myanmar hari ini meluluskan kementerian kerajaan baru sabagai tambahan kepada Kementerian Pejabat Kaunselor Negera Aung San Suu Kyi, menurut sumber Parlimen.

Penambahan kepada kementerian baru itu, dicadangkan oleh Presiden U Htin Kyaw, yang telah membawa jumlah bilangan kementerian kepada 22 di bawah kerajaan Myanmar.

Kerajaan baru Myanmar, yang diketuai oleh Presiden U Htin Kyaw, telah membuat pembaharuan kepada 21 kementerian yang dikendalikan oleh 18 menteri. Beberapa kementerian telah digabungkan menjadi satu.

Kementerian yang diperbaharui itu termasuk Kementerian Hal Ehwal Etnik.

Aung San Suu Kyi memegang dua jawatan – Menteri Luar Negeri dan Menteri Pejabat Presiden – sebagai tambahan kepada yang Kaunselor Negara.

Menurut perlembagaan 2008, ketiga-tiga kementerian hal ehwal dalam negeri, hal ehwal sempadan dan pertahanan telah dikendalikan oleh anggota tentera.

Kerajaan baru itu bermula pada 1 April selepas penyerahan tugas-tugas ketua negara sebelumnya daripada kerajaan U Thein Sein yang telah lengkap pada 30 Mac.

ARTIKEL YANG SAMA