Parlimen Myanmar tubuh suruhanjaya

Parlimen Myanmar tubuh suruhanjaya

YANGON, Myanmar, 5 Feb – Dewan Perwakilan yang baru dipilih oleh Myanmar pada hari ini menubuhkan suruhanjaya kajian mengenai hal ehwal perundangan dan kes khas ketika sesi pertama parlimen di Nay Pyi Taw dalam usaha untuk menyokong jawatankuasa rang undang-undang.

Suruhanjaya kajian mengenai hal ehwal perundangan dan kes khas ditubuhkan dengan bekas Speaker Dewan Rakyat U Shwe Mann sebagai pengerusi dan U Ko Ko Naing daripada Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan dari kawasan pengundian Yamethin sebagai naib pengerusi.

Jawatankuasa Rang Undang-Undang dan Jawatankuasa Akaun Awam yang terdiri daripada 15 anggota itu ditubuhkan semalam. Tempoh jawatankuasa adalah 5 tahun.

Parlimen baru memulakan sesi pertama mereka dengan Dewan Perwakilan, di mana U Win Myint daripada NLD dipilih sebagai Speaker Dewan Perwakilan dan U Ti Khun Myat daripada Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan (USDP) sebagai Penolong Speaker Dewan, sementara U Mann Win Khaing Than daripada Liga Demokrasi Nasional (NLD) sebagai Speaker Dewan Pertuanan dan U Aye Tha Aung daripada Parti Nasional Arakan (AN) sebagai Penolong Speaker Dewan. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA