Parlimen negeri Australia dikejuti pakej mencurigakan

Parlimen negeri Australia dikejuti pakej mencurigakan

SYDNEY, 2 Mei (Xinhua) – Beratus-ratus pekerja di perlimen kerajaan New South Wales (NSW) di Sydney telah dipindahkan pada awal hari semalam, berikutan penemuan pakej yang mencurigakan di kawasan itu.

Jurucakap polis NSW berkata bahawa barang itu telah diperiksa oleh pegawai-pegawai pakar dan membawanya ke tempat selamat.

“Beberapa pemindahan telah dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga, namun semua pekerja kini telah dibenarkan masuk ke kawasan itu,” kata polis NSW.

Pegawai polis menahan seorang lelaki yang dipercayai berusia 30-an di Sydney berikutan kejadian itu. Australia telah meningkatkan aktiviti keselamatan negara berikutan serangan radikal sejak September 2014.

Kumpulan Pencegahan Keganasan Bersama (JCTT) di Sydney telah menahan beberapa orang berhubung dengan Operasi Appleby.

Menurut polis, Operasi Appleby adalah satu operasi yang berterusan bagi menyiasat orang yang disyaki terlibat dalam keganasan domestik, pencerobohan asing ke Syria dan Iraq serta pembiayaan kepada organisasi pengganas.

ARTIKEL YANG SAMA