Parlimen pecat bos keselamatan negara

Parlimen pecat bos keselamatan negara

KIEV, Ukraine, 18 Jun (AFP) – Parlimen Ukraine hari ini memecat ketua perkhidmatan keselamatan negara (SBU) selepas beliau bertelagah dengan Presiden Petro Poroshenko dan terbabit pula dalam konflik dengan ketua pendakwa raya negara.

“Verkhovna Rada (Parlimen) menyokong cadangan saya untuk memecat Valentyn Nalyvaychenko daripada jawatannya sebagai ketua SBU,” tulis Poroshenko dalam akaun Twitter beliau selepas 248 anggota perundangan di dewan 450 kerusi itu menyokong permintaan rasmi presiden.

Perkhidmatan Keselamatan Ukraine mempunyai pengaruh yang kuat yang ia warisi daripada cawangan domestik KGB ketika era Soviet. Nalyvaychenko yang berusia 49 tahun dilantik tiga bulan sebelum pilihan raya presiden 2014 yang menyaksikan kemenangan Poroshenko dan tidak pernah dilihat sebagai penyokong ketua negara yang disokong Barat tersebut.

Nalyvaychenko juga mengetuai SBU sepanjang tempoh 2006-2010 dan dipercayai sudah mengumpul data berkaitan amalan rasuah anggota perundangan masa lepas dan sekarang serta tidak ketinggalan anggota kerajaan.

Perang Ukraine selama 14 bulan dengan pemberontak pro-Rusia masih lagi berterusan meskipun gencatan senjata yang dipersetujui pada Februari.

ARTIKEL YANG SAMA