Parti Buruh Britain elak kekalahan besar

Parti Buruh Britain elak kekalahan besar

LONDON, 6 Mei (dpa) – Parti Buruh Britain telah mengelak kekalahan besar yang ditakuti menjelang pilihan raya serantau, menurut keputusan awal pada hari ini, namun pusat parti berhaluan kiri itu kelihatan akan tewas lagi dalam bekas pusat utamanya di Scotland.

Parti itu mengekalkan kerusi-kerusi penting walaupun pada kawasan Parti tradisi konservatif di selatan.

Bagaimanapun, ia tewas lagi pada parti pemerintah Parti Kebangsaan Scotland (SNP) di utara sempadan, dengan beberapa pemerhati menjangkakan parti itu mungkin gugur ke tempat ketiga di tengah-tengah kebangkitan semula Parti Konservatif di sana.

Digelar “Super Khamis,” pilihan raya bagi perhimpunan serantau dan tempatan telah dilihat sebagai ujian pertama ketua Buruh, Jeremy Corbyn dalam pilihan raya kebangsaan.

Corbyn yang berhaluan kiri mengambil peranan itu pada musim panas 2015 dan sejak itu bertanding dengan keraguan terhadap keupayaannya untuk menyatukan parti itu dan dakwaan baru-baru ini terhadap anti-Yahudi dalam kalangan ahli partinya berikutan pemecatan dua ahli utamanya disebabkan kenyataan kontroversi.

Meskipun saham parti Buruh dalam undian itu menurun dengan ketara berbanding dengan pilihan raya serantau dan tempatan pada 2011 dan 2012, parti itu kelihatan telah mendapatkan kembali beberapa tapak selepas keputusan buruk dalam pilihan raya umum tahun lepas, yang memberikan Perdana Menteri David Cameron dari parti Konservatif satu majoriti dalam pilihan raya.

Parti Cameron kelihatan menurun dalam pungutan suara kelmarin berbanding pada 2015.

Sementara itu, Parti Kebebasan UK (UKIP) yang anti-penghijrah, yang berkempen secara keras bagi Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada pungutan suara 23 Jun, membuat kenaikan dalam majlis-majlis tempatan di England dan mungkin akan berkempen buat pertama kali di perhimpunan rantau Wales.

Calon Parti Buruh, Sadiq Khan nampaknya akan menjadi datuk Bandar beragama Islam pertama di London dalam kaji selidik YouGov kelmarin. Keputusan akhir undian itu dijangkakan keluar pada lewat hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA