Parti gesa Presiden Park letak jawatan pada April

Parti gesa Presiden Park letak jawatan pada April

SEOUL, 1 Dis – Parti memerintah Korea Selatan hari ini menggesa Presiden Park Geun-Hye yang diselubungi skandal supaya meletak jawatan pada April tahun depan, dengan memberikan beliau tempoh seminggu untuk menerima kata dua mereka atau berisiko didakwa.

Minggu ini Park berkata beliau akan bersedia meletak jawatan awal selepas menerima tekanan kuat supaya meletak jawatan berhubung

skandal campur tangan pengaruh yang telah mengakibatkan lebih sejuta orang keluar ke jalan raya mengadakan bantahan.

Seramai 128 ahli undangan parti memerintah, Parti Saenuri sebulat suara bersetuju untuk menuntut Park meletak jawatan pada lewat April dan menggesa bagi pilihan raya diadakan pada bulan Jun depan, enam bulan lebih awal dari yang dijadualkan.

“Semua ahli undangan parti sebulat suara telah meluluskan jadual ini,” ketua ahli parlimen Chung Jin-Suk dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Yonhap selepas mesyuarat genting parti itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA