Parti Komunis Vietnam diuji

Parti Komunis Vietnam diuji

HANOI, 4 Mac (Reuters) – Bekas usahawan IT dan juga pengurus bank, Nguyen Quang A melancarkan kempen disiplin untuk dilantik kepada parlimen Vietnam, dengan mengisytiharkan asetnya, mendapat sokongan para pengundi dan muncul dalam video online licik.

Bagaimanapun dia bukan anggota parti Komunis Vietnam dan juga bukan jenis calon yang diinginkan oleh parti memerintah yang teguh dalam badan perundangan yang membuat keputusan. Quang A adalah salah seorang pengkritik terbesarnya dan antara 19 penentang cuba bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya parlimen pada bulan Mei, berazam akan menguji keikhlasan janjinya yang dibuat oleh parti untuk mengukuhkan demokrasi.

“Mereka memberitahu kami mempunyai hak dan berkata rejim adalah demokrasi,” katanya dalam satu temu bual. “Biarkan mereka merubah retorik menjadi realiti.”

Untuk menyinggung pihak Komunis seterusnya, Quang A menanti untuk melihat jika ketua parti Ngyuen Phu Trong akan berusaha untuk dilantik semula ke Dewan Perhimpunan Kebangsaan supaya dia boleh bersaingan sengit dengannya dalam perebutan kerusi. Membiarkan cabaran pada hujung monopolinya selama 40 tahun pada kuasa boleh membantu imej Parti Komunis, yang dilihat tidak berhubung dengan ramai pihak di sebuah negara yang mana lebih separuh penduduk di bawah 30 tahun.

Nguyen Quang A menulis komen di Facebook sambil duduk di sebuah kafe selepas temu bual di Hanoi, Vietnam. – Reuters
Nguyen Quang A menulis komen di Facebook sambil duduk di sebuah kafe selepas temu bual di Hanoi, Vietnam. – Reuters

Bagaimanapun, sistem pemeriksaan ketat dan pemeriksaan lain ke atas calon-calon oleh parti membuatkan hampir mustahil bagi para penentang untuk berjaya. Langkah oleh para penentang untuk meraih kerusi parlimen adalah sebahagian trend yang bermula tiga tahun lalu yang mana Parti Komunis secara terbuka dicabar, bukan saja oleh para penulis, peguam, ilmuan dan artis, tetapi juga dikalangan keduduknya sendiri.

Matlamat, Quang A dan aktivis lain mengatakan ialah untuk mengeksploitasi populariti media sosial untuk meneliti 4.5 juta anggota parti Komunis dan menggalakkan penglibatan politik dari luar. Penganalisis politik Lee Hong Hiep berkata tidak berkemungkinan besar para aktivis akan malah dibenarkan bertanding bagi parlimen.

“Parti ingin mempunyai beberapa suara lantang dalam parlimen, tetapi bukan yang tidak dapat mengawal atau mereka yang mungkin mengakibatkan keaiban politik,” katanya.