Parti kongres Korea Utara diselubungi ujian nuklear

Parti kongres Korea Utara diselubungi ujian nuklear

SEOUL, 5 Mei (AFP) – Korea Utara bersiap untuk memulakan perhimpunan parti pemerintah paling penting yang kali terakhir dianjurkan 40 tahun lalu, hari ini dan wujud kebimbangan negara itu akan menjalankan ujian nuklear walaupun tiada tanda jelas bahawa bom atom akan diletupkan.

Pemimpinnya, Kim Jong-Un dijangka memberikan ucapan perasmian pada pembukaan kongres Parti, bakal meneliti cadangan terhadap sebarang perubahan polisi atau perjawatan dalam kelompok pentadbiran tertinggi negara nuklear itu.

Kim, 33, masih belum dilahirkan ketika kongres sebelumnya pada 1980 untuk melantik bapanya, Kim jong-Il sebagai waris takhta kepada datuknya yang juga pemimpin yang mengasaskan Korea Utara, Kim Il-Sung.

Sementara agenda dan tempoh acara itu masih tidak diketahui, matlamat utama kongres dilihat bertujuan mengukuhkan status Kim Jong-Un sebagai pemimpin agung dan pewaris sah pemerintahan keluarga Kim.

Kongres itu juga dijangka mengesahkan doktrin ‘byungjin’ parti untuk mengejar cita-cita program senjata nuklear sejajar dengan pembangunan ekonomi.

Sejak Kim mengambil alih kuasa selepas kematian bapanya pada tahun 2011-an, Korea Utara telah menjalankan dua ujian nuklear dan dua pelancaran roket telah berjaya dilancarkan yang dilihat sebagai ujian peluru berpandu balistik yang menyamar.

Walaupun masyarakat antarabangsa bertindak balas dengan kecaman dan sekatan, Kim masih meneruskan maltlamatnya dengan melancarkan peluru berpandu tambahan dan ujian teknikal kepada penghalang nuklearnya .

Terdapat spekulasi meluas bahawa kongres itu akan didahului dengan satu lagi ujian nuklear bagi menandakan kekuatan dan alasan yang akan membolehkan Kim untuk menuntut status hak kuasa nuklear yang asli semasa ucapannya nanti.

ARTIKEL YANG SAMA