Parti Konservatif Britain bingung

Parti Konservatif Britain bingung

LONDON, 1 Julai (AFP) – Parti Konservatif Britain bingung hari ini selepas calon pilihan Boris Johnson menarik diri secara mengejut daripada kempen untuk menjadi perdana menteri selepas mengundi untuk meninggalkan EU.

Menteri Dalam Negeri Theresa May kini memimpin lima calon yang bersaing untuk menggantikan Perdana Menteri David Cameron, yang mengumumkan peletakan jawatannya setelah tewas dalam referendum mengenai keahlian Britain dalam gabungan 28 negara itu.

May menggesa pengundi supaya kekal dalam Kesatuan Eropah sebelum pengundian, tetapi berjanji akan menghormati keputusan mereka jika beliau menjadi perdana menteri. Beliau telah berkata tidak akan memulakan proses pengeluaran sehingga tahun depan.

Pemimpin EU telah meminta perpisahan segera ekoran pengundian minggu lalu kerana bimbang mengenai kesan masa depan Britain yang tidak pasti ke atas pertumbuhan ekonomi dan kesan domino yang mungkin timbul di negara anggota.