Parti pakatan Jepun tambah majoriti

Parti pakatan Jepun tambah majoriti

TOKYO, 10 Julai – Parti pakatan memerintah Jepun pimpinan Perdana Menteri Shinzo Abe kembali ke dalam landasan untuk menambahkan majoritinya dalam pilihan raya dewan parlimen hari ini, ramalan media menunjukkan, dalam satu kemenangan meyakinkan di sebalik sokongan suam-suam kuku terhadap dasarnya.

Abe, berkuasa semenjak lewat 2012, belum lagi meraih pemulihan kukuh dalam ekonomi ketiga terbesar dunia itu melalui langkah-langkah wang mudah besar-besaran dan yang lainnya-dikenali sebagai Abenomics.

Pengundi melahirkan rasa ragu-ragu mengenai impian besarnya meminda perlembagaan negara yang menolak perang.

Namun Parti Demokratik Liberal (LDP) pimpinan Abe dan parti disokong Buddha, Komeito dilihat secara meluas akan berjaya memandangkan keyakinan orang awam dalam kalangan parti pembangkang dilihat semakin rendah.

Kedua-dua parti akan mengambil jumlah antara 67 sehingga 76 daripada 121 kerusi-separuh daripada jumlah kerusi dewan-yang tersedia dalam pilihan raya, meningkat daripada 59 sebelumnya, menurut penyiar awam NHK.

Seorang wanita membuang undi di sebuah pusat pengundian di Tokyo, 10 Julai. Pengundi Jepun hari ini mengundi bagi pilihan raya parlimen dengan parti memerintah pimpinan Perdana Menteri Shinzo Abe dijangka memenangi pilihan raya itu di sebalik sokongan yang suam-suam kuku. - AFP
Seorang wanita membuang undi di sebuah pusat pengundian di Tokyo, 10 Julai. Pengundi Jepun hari ini mengundi bagi pilihan raya parlimen dengan parti memerintah pimpinan Perdana Menteri Shinzo Abe dijangka memenangi pilihan raya itu di sebalik sokongan yang suam-suam kuku. – AFP

Ramalannya dan anggaran serupa beberapa media lain juga berdasarkan pengundian akhir dan beberapa analisis, yang dikeluarkan sejurus pengundian ditutup pada jam 8 malam waktu tempatan.

Kedua-dua parti menguasai 77 daripada separuh yang lain dari dewan tinggi yang tidak ditandingi hari ini, yang bermakna mereka bersedia meningkatkan majoriti dalam dewan 242 kerusi itu.

Dewan tinggi yang lebih dikenali sebagai Dewan Caunselor, merupakan dewan kurang berkuasa dalam parlimen dwidewan dan separuh daripada kerusinya dipertandingkan dalam pilihan raya setiap tiga tahun.

Abe juga berharap agar pakatan dan sebuah kumpulan konservatif dari parti kecil boleh meraih dua pertiga majoriti dalam dewan tinggi, yang sudah pun diperolehnya dalam dewan rendah-sekali gus memberikannya pengukuhan untuk mula meminda perlembagaan.

Tinjauan akhir pengundian media dan analisis mengatakan ia berkemungkinan untuk parti-parti memilih semakan semula perlembagaan yang boleh mencecah majoriti besar di dewan tinggi.

Perlembagaan yang menolak hak Jepun untuk melancarkan perang, dikesali oleh nasionalis sebagai satu relik daripada kekalahan Perang Dunia ke-2 Jepun. Namun ramai rakyat Jepun masih menyokong kuat ideal sukakan keamanannya.

Sebarang rang undang-undang yang mendapat dua pertiga majoriti perlu melepasi kedua-dua dewan perundangan akan berhadapan halangan dalam bentuk referendum kebangsaan.

Satu platform utama dasar ekonomi Abe adalah untuk memansuhkan deflasi menggoyahkan yang sekejap ada sekejap tiada, atau kejatuhan harga dan beliau mengakui bahawa perjuangan itu masih dalam berlangsung.

“Abenomics belum lagi gagal, namun ia sudah separuh berjaya,” Abe memberitahu pengundi di Tokyo lewat semalam, menamatkan kempen pilihan rayanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA